dioD sImPaNg pN
♥Terdiri drp gabungan separuh pengalir ektsrinsik bahan jenis P dan bahan jenis N.
♥Mempunyai 2 tamatan iaitu anod & katod.
♥Bahan P ialah anod.
♥Bahan N ialah katod.
♥Tamatan katod adalah yang hampir dgn tanda garis.
♥Ketika proses penggabungan bahan P & N, elektron bebas dlm bahan N yang berhampiran simpang akan menyeberangi simpang dan meresap ke dalam lubang bahan P. Proses ini dikenali sebagai penggabungan semula simpang.
♥Kehilangan elektron di bahan N akan membentuk ion positif di simpang PN.
♥Kemasukan elektron di bahan P membentuk ion negatif di simpang PN.
♥Keadaan ini membentuk satu lapisan cas positif pada bahan N dan cas negatif di bahan P.
♥Kawasan simpang di mana terbentuknya kedua-dua cas dikenali sebagai lapisan susutan
♥.Cas positif & cas negatif membina medan elektrostatik merentasi simpang PN.
♥ Resepan elektron dan lubang akan berhenti apabila tiada keupayaan untuk mengatasi medan elektrostatik
♥Halangan atau rintangan yang dibina oleh medan elektrostatik dikenali sawar upaya atau upaya simpang
.
♥Sawar upaya juga dikenali sebagai voltan lutut. (Si – 0.7v, Ge - 0.3v)